Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca
Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan
sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap
isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan
isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek,
“Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”
Isterinya tidak berkata apa-apa
sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada
suaminya. Suatu hari suaminya berkata : “Suatu hari nanti akan aku buat kamu
kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.”



