Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca
Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan
sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap
isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan
isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek,
“Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”
Isterinya tidak berkata apa-apa
sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada
suaminya. Suatu hari suaminya berkata : “Suatu hari nanti akan aku buat kamu
kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.”
Untuk membuat sesuatu yang
memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya
dengan berkata, “Simpan duit ini.” Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan
di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang
disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil
duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya
itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan
kepada engkau dahulu untuk disimpan.”
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia
menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia
menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.”
Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan
beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia
berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu
juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca
Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Wallahualam
*****

0 komentar:
Posting Komentar